Aku tidak kisah
Aku berdua juga akhirnya
Impian tercapai
Cita digapai
Aku tidak kisah
Isteriku setia selama
Berjanji setia bahagia
Aku tidak kisah
Akhirnya aku tersenyum jua
Aku tidak kisah
Sepi pergi ke sana
Hanya tinggal kenangan
Menguat diri meneguh raga
Aku tidak kisah
Isteriku...
Temani aku bersama kenangan
Kenangan sepi kenangan pilu
Aku tidak kisah
Biarkan pilu lalu
Sekian lama berpusing di minda
Bersilang bertindih antara satu
Menggegar sukma
Menghentak asa
Aku tidak kisah
Isteriku...
Mari kupimpin tanganmu
Kita rentasi masa
Memunggah bahagia
Mengutip cahaya
Aku tidak kisah lagi
Apa yang ada di hadapan
Ku akan cuba landa
Berteman insan yang kucinta
Aku tidak kisah
Kerana namamu Husna
Aku bahagia
Biarkan aku dan kamu
Kerana sekarang sudah ada Kita
Kawakib Duriyah
Kota Bharu, 2.25 pagi 14 Oktober 2007M / 3 Syawal 1428H
Syabbas beta..Syabbas....
Selamat Pengantin Baru...
Anak saya Aiman pun tak kisah :)
Muga ALLAH SWT akan sentiasa merahmati masjid yang dibina!
Take Care.
Segugus Syair Seloka Jiwa
Sehayat menanggung beban
senafas memperjuangkan keamanan
semimpi mengejar pelangi
sebantal meniduri hari
sepemeluk tiang yang berdiri
sekelibat kulihat kau berlari
semasa masa seakan berhenti
seketika tadi merangkak pagi.
Seranjau kau mencari
seseorang menemani hidup
sehidup mengharungi duga
semati makam bersemadi
serasa mencicip nasi
sesuap makan bersama
sesudu kuah sehirup
sepinggan dihadap berdua
sekenyang selepas sendawa
setajuk ketawa lucu
serajuk menangis pilu.
Selamat melayari hidup 'KITA'
sekuntum doa kupohon dari-Nya.
HASMORA MASNURI
Dayasari.
Payed takat nampak spek seblah, aku kenai la. Hehe.. Mugo dapat satu team bola. Hehe. Kawe pun tak lmbt dah. OK mat, SELAMAT PENGANTIN BARU.
Assalamualaikum.
Lama x jumpa. Tahniah sebab sudah bergelar suami.